« March 2008 | Main | May 2008 »

Interschool Debating Championship 2008 (PART 2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam Part 1, aku dah cerita pasal komiti aku. Dalam Part 2 ni aku nak cerita pasal team yang aku train, MCKK.

P4160039

Tahun ni ada problem tentang tarikh. Kenapa? Waktu Interschool telah mengumumkan tarikh pertandingannya, SERATAS pada waktu yang sama ingin mengadakan PPM Zon Utara. Lantas, terpaksalah 1st team dipisahkan dengan menghantar Yuhaikal ke SERATAS bagi mengetuai kontinjen BM pasal dialah paling experienced lepas Fendy. Untuk pengetahuan semua, tahun ni MCKK tidak lagi dibarisi oleh Aslam and Aleng (Amirul) kerna kedua-duanya sudah tamat belajar. Aleng telah mendapat 10A1 dalam SPM dan berhajat untuk menyambung pengajian dalam Medicine manakala Aslam mendapat 6A 4B dan berhajat menyambung pengajian dalam STPM. Aku dah pujuk dia masuk UIA tapi dia degil and nak ikut jejak langkah abang dia, so tak pa lah. It is a free country pun anyway. Huhu..so lepas nit ok sah dok tanya aku lagi mana budak 2 ekor tu nak pegi.Sekian, tamat pasal diorg dua.

Ok, lantas untuk PPM kali ni, dengan ketandusan debater yang boleh debate wakil koleq. Tak tau lah apasal, nak kata system training sekarang problem pun tak boleh gak, nak kata budak sekarang tak dak yang talented pun tak boleh gak. Tapi itulah masalahnya sekarang. Tak pa, nanti aku cari apa penawar untuk penyakit ni. Hehehe…

Ok lah, untuk rekod MCKK champ North Zone 2 tahun berturut-turut (2006-2007) menerusi team 2006: Aslam, Aleng, Fendy, Helman; 2007: Aslam, Aleng, Fendy, Aqwa. Tahun ni, disebabkan clash, terpaksalah hantar Firdaus (F4 baru), Yuhaikal, Aniep, Halim ke SERATAS.  Helman ke  SERATAS untuk tolong tengok diorang pasal aku sibuk organize Interschool kat UIA ni. Thanks Helman. Keputusan for BM, 1st match menang lawan Syed Putra, Yuhaikal best speaker. 2nd match dapat bye. 3rd match lawan SERATAS, kalah and 3rd speaker diorang dapat best speaker. Maka tamatlah sudah misi nak menjadi juara hatrick di Zon Utara. Tak pa lah, tak dak rezeki, nak buat macam mana kan? Tapi berdasarkan laporan Helman, budak-budak ni ada attitude problem and akan ku basuh diorang tak lama lagi. Nantikan saat penyeksaan itu. Huhu…P4160051

Ok, untuk pasukan ke UIA pulak, gandingan baru; Nash, Aqwa, Fendy, Azri. 2 Form 4, 1 Form 5, 1 F2. Aku yakin jerr dengan diorang ni walaupun agak baru si Nash dan Aqwa ni berbanding dengan Aslam and Aleng yang sudah debate wakil Koleq since F2 for UIA and PPM, budak 2 orang ni F3 baru start debate wakil Koleq, itu npun untuk debate UIA jerr. Tapi ok larr kan, at least ada 1 year experience.P4160041

Ok, secara keseluruhannya team ni menang semua 7 matches,and berada di 1st rank liga, tahniah, rekod baru untuk Koleq. Octo lawan Shah Pekan, tajuk pasal sekolah kluster. Aku tau budak-budak ni memang lahar bila debate pasal sekolah kluster tapi tak tau pasal apa tajuk tu jugak yang diorang pilih. Selamat menang 3-2, best speaker tak dak orang lain, Fendy. Dah larr waktu octo tu budak-budak UIA, junior-junior ni pegi tengok Koleq lawan. Diorang pulak dok bising pasal Fendy fotostat aku, ntahlah, aku pun tak tau.

Quarter lawan Taman Melawati, sekolah ni buat kezutan gak tahun ni pasal diorang berjaya menewaskan RMC di octo. Dalam match tu, aku dimaklumkan Koleq berjaya menang dengan jayanya, 7-0 and best speaker pun 7-0 kepada Fendy. Semi pulak match paling crucial, lawan MRSM Pontian. Memang 3rd speaker Pontian sangat bagus, Syafiq Shamsudin kalau tak silap aku nama dia. Dia tak perlu aksesori lawak-lawak ni, dia sangat straight forward and sangat sharp. And kebetulan match tu Fendy pulak tak perfom. Memang cuak larr kan. Selamat larr penggulungan Aqwa boleh tahan. Alhamdulillah, mungkinr ezeki budak-budak ni, diorang menang 5-4 and best speaker Syafiq. Tahniah Syafiq, kau memang mantap!!P4160049

So waktu final diorang lawan tajuk pasal pendidikan. Memang setiap kali diorang debate pasal usul pendidikan jerr aku dah start cuak pasal diorang ni memang lahar tajuk pendidikan. Buktinya, tengoklah diorang waktu lawan tajuk sekolah kluster tu. Secara keseluruhannya, bagi aku secara peribadi asas kes Koleq selaku kerajaan dah ok and pembangkang sebenarnya tidak membangkang dan hanya mempertikaikan tapi apabila pertikaian itu ditambah dengan persembahan yang berdegar-degar, meyakinkan para hakim untuk memberikan kemenangan kepada pasukan SMAP Kajang dengan juri 5-4.

Tahniah kepada pasukan SMAP Kajang. Kepada adik-adik Koleq, jangan sedih-sedih. Bersyukurlah kerana korang dah dapat melayakkan diri ke peringkat akhir and itu satu pencapaian yang amat membanggakan. Dari2004 sampai 2008 masuk final, 5 tahun berturut-turut, ada ke sekolah yang boleh buat rekod macam ni? Kiranya bersyukurlah dengan apa yang sudah kita perolehi. Jangan kufur nikmat baru senang mendapat berkat.

Tahniah gak kepada Fendy, berjaya mempertahankan kedudukan selaku overall best speaker 2 tahun berturut-turut and best speaker final pun 2 tahun berturut-turut. Memang dasar F1 aku. Huhu.. Aslam and Aleng, jangan jeles kalau korang tak dak F5, hahaha…P4160042

Ok, to English team, congrats coz korang berjaya mempertahankankejuaraan di North Zone, untuk yang pegi UIA pulak, jangan risau, ini baru 1 permulaan dalam carrier korang as a debater. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Cikgu Umi dan Miss Sherry atas ketekunan korang dan kesabaran korang melayan karenah budak-budak zaman sekarang. To Abg Raf, thanks a lot, jangan banyak sangat piker, banyakkan berehat, atau kawin jerr lepas ni. Duit dah banyak tu. Huhu… To Helman, Haqa, Aslam, Aleng, Ed and Nab, terima kasih daun keladi kerana sudi turun untuk membantu adik-adik korang, berperananlah sebagai abang yang tegas selepas ni dalam mendidik adik-adik. Kepada semua yang mendoakan kejayaan MCKK, terima kasih banyak-banyak. Jasa korang hanya Allah yang mampu membalasnya. Apa-apa hal pun, PPM akan berlangsung kurang dari sebulan sahaja lagi, yang penting semua kena ALL OUT & BE STRONG!!!

P4160052

Sekian..

                            

Interschool Debating Championship 2008 (PART 1)

P4160005_1 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setelah sekian lama aku duduk rumah, baru malam ni baru boleh update blog. Bukan apa, before this dah try tapi ada error mende ntah. H.I.N.A jaah! Huhu..

So, Interschool 2008 pun dah abis. Tahniah kepada juara baru,STAR for English category and SMAP Kajang untuk kategori Bahasa Melayu. Untuk Part 1 ni aku nak bercerita pasal komiti tahun ni.

Seperti yang korang sudah sedia maklum, tahun ni aku jadi Head Comm PC, memang banyak larr keje kan. Dahlah selalu orang bagi komiti ni kat orang yang experienced macam Kak Mun, Abg Jepp, tiba-tiba tahun ni kena kat aku pulak.

Tak pa lah, so nak dijadikan cerita dalam masa 2 hari preparation tu memang kelam kabut larr kan. Dengan 2 hari nak bua backdrop, nak buat master plan, nak print itu, print ini. Memang setiap hari tido pukul 3-4 pagi, bangun dalam 7-8 pagi pasal nak sambung buat keje (Subuh paham-paham jerr lah kan)

Nak dijadikan lebih cuak, Shaik, orang yang in charge untuk pentas selalu meghilang pasal dia ada exhibition kat KAED. Budak-budak komiti aku ni memanglah tak tau nak colur apa kat bahagian mana semua kan, kenalah tunggu dia. Nak call tak dapat pasal bateri hp dia macam ting tong sekejap, so  kirim salam jer lah.

Alhamdulillah, dengan bantuan Redhu and Poji, backdrop tu dapatlah diselesaikan dan pentas pun dapat dihias dengan jayanya (berdasarkan kapasiti wang yang dimiliki). Huhuhu..

Walaupun ada suara-suara sumbang yang meminta supaya backdrop tu diturunkan, aku tegar untuk membiarkan ia terus berada di atas pentas. The only reason why I want it to be there is because I know how hard for my sub-comms to make it. Tido 3-4 pagi, bangun 8 pagi, then senang-senang nak suruh turunkan, itu namanya tidak tahu menghargai usaha orang lain. And secara jujurnya, aku terpaksa mengakui yang backdrop dan pentas kali ni tidaklah secantik sebelum-sebelum ni pasal kekurangan budget dan kekangan masa persediaan.itu belum tambah masalah tak dapat nak pinjam meja and kerusi AIKOL lagi lantas terpaksa menggunakan ijtihad memakai meja registration kat CAC. Huhu.. Maaf atas sebarang kesulitan.P4160013

And sepanjang tournament berlangsung, komiti aku gak yang membantu Tabs untuk menjadi hakim, ramai gak larr yang jadi. Bean yang asalnya tak jadi komiti pun pasal ada hal family mende ntah datang untuk keje jadi PC and merangkap hakim sekali sampai mendapat mesej sinis daripada Abg Raf. Huhu…

Untuk English category pulak, aku sangat kesian kat Faiz, Pipon, Izzati and Zamir yang memang all out conduct English category pasal budak-budak English lain memang tak boleh diharap. To Nabilah gak, thanks sangat-sangat pasal tolong buat Ratio, alaaa salah sikit-sikit tu biasalah. Mana ada benda yang perfect kan? Tapi for the 1st time, ok lah tu, siap untung lagi kan? Jangan risau.P4160016

Apa-apa pun, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada komiti aku yang memang best, Cuma ada2,3 orang yang selalu meghilangkan diri tanpa sebab. Siapa? Siapa yang makan gula, dialah terasa manisnya. Huhu… tak dilupkan kepada Kak Mun, terima kasih sangat amat kerana banyak membantu kitorang melalui nasihat-nasihat Kak Mun yang ala-ala ibu tu. Huhuhu..

Special thanks to Kajol and Faiz, assistants aku yang sangat banyak membantu. Tak tau nak describe macam mana. Speechless. Hehe..

Ok, kepada komiti-komiti lain, terima kasih sangat-sangat kerana memberikan kerjasama yang mantap!P4160008

Tribute to PC 2008

Kajol (panadol for Dewangga Sakti)

Faiz (susun meja waktu dinner)

Wawaz (lost & found)

Pipon (peminat setia Mila)

Zack (Chao Praya)

Azura (gadis desa)

Khairun (PDA datang awal)

Azimah (cermat mengecat sehingga dikritik Redhu)

Dod (penjaga budak-budak SK Sg Pusu)

Zamir (ketua kain)

Farah (driver Kak Aliza & Abg Daud)

Zaimah (ermmm..buat Ratio?)

Nabilah (pasti buat Rato)

Shaik (Sekian..hahaha)

Poji (pembantu Shaik yang berjaya, peminjam laptop Pornstar..hahaha)

Redhu (pembantu Shaik yang berbakat, very the 2 faces..hahaha)

Acit (budak misteri yang macam chipsmore, suka cakap Indon, aku pun tak paham)

Qimah (Bonda Kui)

Jasmin (pelakon berjaya, selalu nak lari daripada buat kerja)

Mazru (pelakon Darth MazRhu yang berjaya, pun sama)

Shazzy (demam larr pulak)

Hilmi (kerja kerja!! Huhu)

Bean (jangan obsess dengan Anwar Ibrahim)

Interschool Debating Championship 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah~ sekarang tengah musim final exam. Ada lagi 1 paper yang tinggal, Family Law 1 hari Isnin ni, paper yang dapat CAM paling rendah di peringkat antarabangsa, 22/40 ok..

Sekali dengan Kajol, itulah, sama-sama tak baca buku. Tahniah buat kami berdua. Huhu..
Anyway, Interschool dah dekat. Bagi yang tak tahu and bagi yang dah tahu, tahun ni Interschool akan diadakan dari 11-16 April 2008. Untuk kategori Bahasa Melayu akan diadakan di KAED dan ENGIN, and for the English category it will be conducted at AIKOL and ECONS (wah, speaking sangat~) huhu..
So, sama-samalah kita tengok apa yang akan berlaku. Tahun lepas aku ditempatkan dalam Committee Publicity & Protocol bersama dengan Kak Ain dan Kak Ricca, dan dibantu oleh Kak Haneen. Tahun ni aku diamanahkan untuk handle Committee Program Coordinator (PC) dibantu oleh Kajol dan Faiz (budak English).

Banyak geLL kerja nak kena buat; buat master plan, uruskan pentas, performance, MC, cari orang buat flash etc. Dahlah masing-masing masih baru dalam komiti PC ni, so gOOd luck larr yerr teman-teman.
Tapi aku patut bersyukur kot pasal kitorang banyak dibantu oleh Kak Mun, satu-satunya Presiden KDBM yang berjantina wanita dan Kak Maz, advisor KDBM merangkap advisor Interschool. Banyak tunjuk ajar yang diberikan dan nasihat yang dicurahkan. Moga-moga Allah membalas jasa baik kedua-dua insane ini. Huhu..

So, memandangkan Interschool dah dekat, terdengar larr sini dan sana orang mengagak siapakah juara Interschool kali ni. Untuk rekod, champion for BM; 2002: KISAS, 2003: SEMESTI, 2004: MRSM Taiping, 2005: SAS, 2006: SBPI Gombak and 2007: MCKK.

For English; 2003: RMC, 2004-2006: St Xavier and 2007: SAS. St Xavier berjaya mempertahankan kejuaraan 3 tahun berturut-turut dan MCKK berjaya layak ke final sejak 2004 hinggalah 2007, akhirnya 2007 baru merasai nikmat sang juara setelah kecundang di pentas akhir sebelum ni. Huhuhu..
Tak silap sekarang dah ada 84 team untuk BM dan 78 team untuk English, kalau tak silap larr. Masih menunggu confirmation daripada Zaki, Penolong Pengarah Program (jawatan yang tertera dalam Berita Harian baru-baru ni) huhuhu..

Yang menariknya untuk SBP di sebelah Zon Utara pada waktu Interschool dijalankan, gedik larr ada 1 sekolah yang organize PPM Zon Utara tahun ni nak buat waktu tu. Maka adalah beberapa sekolah yang tak berapa nak ramai sangat debater diorang terpaksa dikerah ke PPM Zon Utara atas kehendak Pengetua dan komitmen serta sokongan terhadap SBP. Kesian~ Yang sekolah tu pun satu, cuba larr cari waktu lain. Tau larr sekolah tu tak masuk Interschool, tapi tak payah larr nak mengalih focus ke PPM Zon Utara. Sabarlah yerr adik-adik yang dikerah ke sana. Moga-moga usaha anda membuahkan hasil yang menakjubkan.

Dan tatkala Interschool tinggal beberapa hari saja lagi, banyak sekolah yang sibuk buat friendly untuk test power masing-masing. Antaranya SAS yang hari Khamis (3/4/2008) buat friendly debate dengan SSP, Ahad (6/4/2008) buat friendly dengan MCKK pulak. Teruskan usaha wahai pendebat muda!! Huhuhu…

Sekianlah dulu kot.. Kepada sesiapa yang berminat nak datang tengok, datang jerr lah Dialu-alukan, cuma makanan dan tempat tinggal tidak disediakan. Nak buat macam mana, budget tak cukup.
Kepada para pesera, selamat berdebat! Kepada para komiti, selamat berkerja! Kepada Abg Hairi dan Kak Mun, selamat maju jaya!
Sekian, terimalah~